Halaman

Khamis, 4 April 2013

Pelamin fresh flowers tema blue untuk Saharudin & Nadirah

Agak lama MTF tak update blog. Sedikit sibuk kebelakangan ni..Di sini MTF nak share dengan followers dan rakan-rakan tentang pengalaman baru MTF menghasilkan pelamin fresh flower untuk seorang rakan lama. Sebenarnya, Saharudin dengan panggilan mesra, 'Saha' adalah bekas wartawan hiburan sebelum ini. Beliau yang sekarang berada di Jakarta telah dilantik sebagai koresponden Utusan Malaysia di Indonesia..Walaupun sudah berpangkat tinggi, namun, sifat beliau masih sama seperti dulu, humble dan sekepala dengan MTF..Di sebabkan jarak yang agak jauh untuk beliau berulang alik dari Jakarta ke Malaysia bagi urusan perkahwinan beliau, untuk memudahkan segala urusan, Saha telah bersuara untuk menggunakan service MTF bagi menghasilkan pelamin utk majlis resepsi beliau. Namun, MTF tidak menjangkakan yang majlis beliau akan dihadiri oleh begitu ramai selebriti -selebriti tempatan termasuk Raja Muda Perlis.. Terima kasih sebab memberi kepercayaan kepada MTF. Ini antara gambar-gambar yang dapat di snap pada majlis tersebut..Saha juga amat berpuas hati dengan hasil kerja tangan MTF...


Minimalis dan praktikal




Raja Muda Perlis dan Isteri


Artis-artis tempatan bergambar bersama pengantin

Meja Makan Diraja