Halaman

Ahad, 30 Oktober 2011

Flower Bouquet & Cake

12 stalks of roses with soccer cake at RM120-00


Tempahan daripada Fiza, Sek Men Convent Butterworth untuk husband dia. Birthday husband dia 1 Nov 2011, tapi dia suruh hantar awal. Kek ditempah dari MyHappyCuppies dengan tema bola..Terima kasih Fiza.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Flowers & cake - birthday gift


Tempahan daripada Tarmizi, CIMB..Dia nak buat surprise kat wife dia yg juga bekerja di CIMB Seberang Jaya..Tapi, Zura si isteri dah suspect sbb tiba2 husband dia jadi friend MTF kat fb..Anyway, dia x sangka ada kek sekali..Tq. Tarmizi..

Rabu, 26 Oktober 2011

Bridal Hand Bouquet - Calla Lilies & Roses

Calla Lilies with white roses at RM80-00
Gambar di download dari fb CT Qhadijah. Bridal hand bouquet yang menggunakan Calla Lilies dan Roses. Atas permintaan CT yang amat berminat dengan Calla Lily. 'Selamat Pengantin Baru'.

Ahad, 23 Oktober 2011

Bridal Hand Bouquet pertama MTF

Cari-cari kat fb, tiba-tiba terjumpa gambar ni..Ni lah bridal hand bouquet MTF yang pertama dibuat khas untuk Norhafishah, my office mate masa wedding dia. Bridal hand bouquet ni lah yang memberi suntikan semangat untuk MTF menceburi bidang florist..Terima Kasih kepada Fishah kerana memberi kepercayaan pada MTF untuk buatkan bridal hand bouquet walaupun x pasti dengan hasilnya..Alhamdulillah..yang tu lah hasilnya..

Sabtu, 22 Oktober 2011

Grand Opening



Tempahan dari Shila Maybank, Sg Dua untuk majlis pelancaran projek perumahan oleh Bertam Properties Sdn Bhd. Dia order semalam dan penghantaran di buat pagi tadi jam 9.30 pagi. Disebabkan tempahan dibuat kurang dari 12 jam, MTF x dapat cari roses dan digantikan dengan Stargazer Lilies. Ini adalah gubahan pertama MTF untuk grand opening. Masih banyak yang perlu diperbaiki.

Rabu, 19 Oktober 2011

Fruits & chocolates in basket with fresh flowers

Fruits & chocolates bar in basket with Gerbera Daisies, Eustoma & Yellow peacock at RM80-00


Tempahan daripada kawan Fiza, Sek. Men. Convent Butterworth untuk harijadi suami beliau. Kali ini MT menggunakan gerbera daisy dan eustoma untuk menampakkan sedikit kelainan di dalam gubahan. Terima kasih Fiza yang banyak mempromosikan MTF.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Bridal Hand Bouquet - Calla Lilies & Roses


Calla Lilies mixed with roses at RM80-00

Tempahan dari adik Siti Qhadijah, Teluk Kumbar..Dia nak sangat Calla Lilies..So, MTF pun check ngan supplier whether boleh dapat ka tak? Akhirnya dapat gak buat Calla Lilies mix ngan roses..

Selasa, 11 Oktober 2011

Table Flower in Glass Vase - Artificial flowers

RM150-00

Yang tempahan dari my best friend, bff yer term budak2 sekarang..Dia suruh hantar kat Makteh dan cousin dia kat Penang. Receiver terkejut sangat dengan surprise yang kita orang buat..

Flower Bouquet for Birthday


9 stalks of roses with packing at RM60-00
Yang ni MT buat khas untuk kakak ipar, K Mila..Happy Birthday to you..

Ahad, 9 Oktober 2011

Table Flower & gift - Haji/Umrah

RM45-00(tidak termasuk hadiah)

Hadiah dari MT kepada Kakak yang nak menunaikan Haji..Bunga meja dan hadiah barang-barang keperluan ketika menunaikan ibadah Haji. Semoga beliau mendapat Haji yang Mabrur..

Sireh Junjung Menggunakan Bunga Hidup - light blue roses

RM70-00


SJ09
Tempahan yang dari Khairul, Toray Malaysia untuk majlis pertunangan beliau. Dia nakkan baby blue roses..dan ini hasilnya..

Selasa, 4 Oktober 2011

Ahad, 2 Oktober 2011

Gift for Birthday

RM120-00 and above



Tempahan dari Zuriati from My Happy Cuppies untuk hubby dia..Last minute order..Order jam 12.30p.m. nak kena hantar before 5.30 p.m...selesai beli barang-barang jam 3 petang dan MT terus start arrange flowers..Alhamdullilah, siap pukul 4.30 petang dan penghantaran di buat pukul 5 petang..Tq..Zuriati from My Happy Cuppies..

Flower Bouquet - Fresh Roses

12 stalks of roses at RM75-00


Tempahan dari Ahmad..hantar kat Queensbay Penang..Deal yg paling senang...